Start Where You Are (Edisi Bahasa Melayu)

Sejak Chris Gardner melakukan transformasi daripada menjadi bapa tunggal yang hidup merempat di jalanan kepada jutawan, diabadikan dalam buku bestseller Nombor #1 New York Times yang berjudul The Pursuit of Happyness yang kemudiannya difilemkan dengan menggunakan judul yang sama, beliau dibanjiri dengan dua soalan.

"Bagaimana kamu melakukannya?" dan "Bagaimana saya boleh melakukannya juga?". Start Where You Areadalah jawapan Chris Gardner kepada dua soalan di atas. Dengan memfokuskan kepada isu sebenar yang memberi kesan kepada individu daripada pelbagai latar belakang, beliau sudah menyediakan peta menuju kejayaan.

Sekiranya kamu hilang tempat bergantung, sedang berhadapan dengan kehilangan tempat tinggal, hilang sumber pendapatan, menghadapi krisis kesihatan, krisis kewangan, ataupun hilang motivasi bagi memburu cita-cita, kesemua 44 pengajaran hidup yang jelas, meyakinkan dan dapat diakses sememangnya berharga.

Dalam buku Start Where You Are, Chris Gardner menunjukkan kepada kita bagaimana menggunakan sumber yang tidak terbatas yang wujud dalam diri kita supaya bergerak ke satu arah, iaitu melangkah ke hadapan.

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-369-098-5
Tarikh Terbit: 25 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 384
Berat (kg) : 0.49



Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes